Monday, August 31, 2009

Liga Piala Presiden | Perbadanan Putrajaya |

Liga Piala Presiden anjuran Perbadanan Putrajaya telah berjaya dilangsungkan pada perlawanan akhir 8 Ogos 2009 bertempat di Stadium Pancarona Presint 18.Liga yang bermula pada bulan Jun dan berakhir pada 8 Ogos  2009 ini  dapat sambutan yang menggalakkan dari  semua pihak yang bertanding.Jadi serba sedikit gambar pada hari tersebut saya rakamkan, cuma gambar2 aksi tak berapa "clear"  kerana "gear" yang saya pakai ni tak berapa sesuai untuk  aksi2 macamni.Tapi ambik jer dari takde..










Seperti biasa , setiap kali habis je apa2 event urusetia kompom nak bergambar, so ni la gambar2 diorang.




Majlis Anugerah Laman Cantik Putrajaya 2009

Pada 7 OGOS 2009, pihak Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Anugerah Laman Cantik Putrajaya 2009 bertempat di Pentas  Utama Floria.Majlis ini diadakan untuk menyampai dan mengumumkan nama-nama pemenang Anugerah Laman Cantik yang telah di pilih  oleh juri-juri professional kita. Laman Cantik ini di adakan bagi memupuk semangat warga Putrajaya untuk menghias rumah-rumah kediaman mereka bagi nampak cantik dan kemas. Gambar-gambar di bawah adalah sebagahagian gambar di malam majlis tersebut yang juga turut dimeriahkan dengan penari dari ASKOPUTRA dan juga penyanyi J.Sham dan Jeffrydin.











Antara gambar-gambar pemenang menerima  hadiah dari Tan Sri  Samsudin Othman (Presiden Perbadanan Putrajaya) dan Datuk Ahmad Phesal Talib (KSU Kem.Wilayah Persekutuan)  







Setelah majlis selesai, seperti biasa  semua Urusetia mesti nak bergambar punya, jadi ni la sebahagian gambar2 mereka.Yang lain malas nak upload.Hahaha




Thursday, August 6, 2009

Jalan-Jalan Di Putrajaya

Alang2 bekerja di Putrajaya ni,rasa rugi sangat jika tak jalan2 "shoot" gambar2 disini kerana di Putrajaya ni memang banyak sangat tempat-tempat yang menarik.Jadi saya dan kawan2 yang lain tidak lepaskan peluang untuk menembak sekeping dua gambar,maklumla kerja macam kami ni nak cuti memang payah..